SAH! GHADDAR KEMBALI KE TRW 2017

Ghaddar 22 kembali ke TRW

Bekas penyerang import TRW, Mohammad Ghaddar yang pernah menggegar bersama Kelantan ketika zaman kegemilangan Kelantan 2012 dimana berjaya merangkul 3 kejuaraan utama dalam Liga Malaysia kembali mewarnai pasukan Kelantan bagi musim 2017.

Berita perpindahan ini telah disahkan oleh media Lubnan (Klik untuk pautan berita). Ghaddar akan mengikat kontrak setahun bersama TRW 2017. 

Ghaddar adalah pemain bintang untuk Red Warriors pada musim 2012. Dia menjaringkan 21 gol untuk membantu Kelantan mencapai treble - Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Beliau juga memainkan peranan penting dalam kempen Piala AFC Kelantan, menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan. Kelantan kalah 6-2 menerusi agregat pada peringkat suku akhir kepada pasukan Arbil FC  dari Iraq, yang juga finalis akhirnya . 

Selepas satu musim, Ghaddar kemudiannya menyertai Felda United pada tahun 2013. Dia gagal untuk mengekalkan momentum beliau lakukan dengan Kelantan dan dibebaskan daripada kontrak pada bulan April selepas mengalami kecederaan belakang.

Penyerang berusia 33 tahun ini baru sahaja menyertai pasukan Al-Faisaly dalam saingan Liga Utama Jordan pada bulan September 2016 lepas. Berpindah dari pasukan AC Tripoli di Liga Utama Lubnan.


Ghaddar akan bergandingan dengan Okiki Afolabi penyerang muda tinggi lampai dari Nigeria. Gandingan tua dan muda nampaknya buat TRW nanti sambil dibantu penyerang tempatan seperti Khairul Izuan Rosli, Farhan Mohamad dan Wan Fakhrul Zaman.

Welcome back Ghaddar #22 !


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SAH! GHADDAR KEMBALI KE TRW 2017"

Post a Comment