PEREYRA DIAZ SAH AKAN KE AEK ATHENS FC

Pereyra Diaz Pemain Import Terbaik 2016
Pereyra Diaz Pemain Import Terbaik 2016

PEREYRA DIAZ KE AEK ATHENS FC. Penyerang prolifik berasal dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz akan dilepaskan oleh pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas mencapai kata persetujuan bersama. Pereyra Diaz akan menyertai kelab gergasi Greek, AEK Athens. 

Ejen Pereyra Diaz  telah memaklumkan bahawa kelab AEK Athens capai kata sepakat dengan JDT bahawa penyerang Argentina itu bakal menjadi ejen bebas.

Jorge Pereyra Díaz bakal ke Greece kelab AEK Athens dan dikhabarkan akan sign kontrak sehingga 2019 (sumber SDNA Greek)

Manakala melalui sumber Transfermarkt, Jorge Pereyra Díaz telah bersetuju menyertai AEK Athens, dan sedang menunggu pelepasan dari kelabnya JDT.

Oleh itu, Diaz dijangka berkunjung ke Athens untuk melengkapkan perpindahannya ke AEK kerana dia telah bersetuju secara lisan dengan kelab dari Greek itu.

Menurut Instasport pula, perpindahan in menjadi sukar apabila JDT masih belum lepaskan Jorge Pereyra Diaz. AEK Athens amat berminat dapatkan Diaz namun perbincangan makin berlarutan disebabkan masalah wang perpindahan. 

"We should not however forget that every transfer has its own peculiarities and that the balance and the data change daily, even from hour to hour!" - wakil kelab AEK.

Pihak AEK Athens telah memberitahu agar capai keputusan segera demi nasib Diaz. Jika tidak AEK akan terpaksa untuk mengetepikan pilihan ini (Diaz) dan untuk mencari penyelesaian lain. 

Pereyra Diaz tak sabar beraksi di Eropah
Pereyra Diaz tak sabar beraksi di Eropah

Jika perpindahan ini berjaya, Pereyra Diaz akan bergabung dengan bekas pemain JDT, Patito Rodriguez dan legenda Portugal, Hugo Almeida di kelab AEK Athens FC nanti. AEK Athens FC kini menduduki tangga ke-5 dalam aksi Super League Greece. Juga merupakan juara Greek Cup 2015/16 

Jorge Pereyra Diaz menandatangani kontrak 3 tahun dengan pasukan Liga Super Malaysia Johor Darul Takzim pada Mei 2014. Beliau membuat debut sebagai pemain gantian dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang pada 20 Mei 2014.

Pada 12 Julai 2015, Diaz telah dipinjamkan ke Independiente. Diaz hanya membuat 7 penampilan dalam perlawanan liga untuk Independiente. Selepas 4 bulan tempoh pinjamannya, Diaz kembali ke JDT untuk saingan Liga Malaysia musim 2016.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PEREYRA DIAZ SAH AKAN KE AEK ATHENS FC"

Post a Comment