ANDY RUSSELL PERKUAT PENANG


Andy Russell telah sah sertai pasukan Liga Super Penang. Nama penuhnya Andrew James Russell kini berusia 29 tahun adalah pemain untuk kelab juara Liga Perdana Hong Kong iaitu South China.

Andy Russell dilahirkan di Southampton England, tetapi berpindah ke Hong Kong dengan ibu bapanya apabila dia hanya baru berusia 18 bulan. Beliau tinggal di Hong Kong sehingga beliau pergi menyambung pengajian ke universiti di Manchester, England.

Oleh itu, pemain kelahiran England ini juga memiliki passport kerakyatan Hong Kong. Bermain di posisi pertahanan tengah, pemain yang miliki ketinggian 1.91m ini sudah mengumpul 4 caps bersama skuad kebangsaan Hong Kong. Oleh itu, Andy Russell akan menyertai Penang sebagai pemain slot Asia.

Pada tahun 2008 beliau telah menandatangani kontrak pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional untuk Happy Valley, yang bermain dalam Hong Kong First Division League. Selepas pulang ke UK, Russell menyertai Mossley dalam NPL First Division Utara dan memperolehi pekerjaan dengan gergasi sukan Adidas. 

Beliau menyertai Chorley pada tahun 2010 apabila pengurus Garry Flitcroft mengambil alih. Pada musim 2013-14, Russell memilih Fylde selepas diyakinkan oleh pengurus Dave Challinor. Beliau telah membantu kelab itu mengekalkan Piala Pusingan Lancashire FA  dengan menewaskan Chorley 4-1 dengan satu gol dan satu assist. Pada bulan Julai 2014, Andy mengumumkan dalam akaun twitternya bahawa beliau telah menandatangani untuk bersama kelab South China untuk musim 2014-15 dalam saingan Hong Kong Premier League. Coach Yeung Ching Kwong mendakwa mereka memerlukan dia kerana kelab itu memerlukan lebih ramai pemain tempatan bagi 2015 AFC Cup.

Pada 14 Mac 2016, Russell menerima panggilan pertama beliau untuk Hong Kong sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang pada 24 Mac 2016. Dia membuat penampilan sulung beraksi 90 minit ketika kalah 2-0 kepada Qatar.

Selamat datang ke Penang Andy!


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ANDY RUSSELL PERKUAT PENANG"

Post a Comment